CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 16, 2011

Fikirkan

Entri kali ni , saya pinjam kata kata Ustaz Hasrizal daripada karyanya Aku Terima Nikahnya . 

 Hidup ini sementara wahai sahabat , namun kesan amalan kekal selamanya . Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberi kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam 'sana' , atau dosa yang menempa bencana dan seksa di neraka Allah yang murka . Fikirkan dosa dan pahala . Fikirkan syurga dan neraka . Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu ... ada api yang akan merentungkannya . Rentung yang tidak mati , tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa .

Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya , fikirlah kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa . Sanggup merisikokan mati , demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih , dan hari ini kamu yang muncul tiba- tiba dalam hidupnya itu , mahu mencemarkan perempuan itu ?!

Tergamak kamu ?

Teruskan ... jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke dalam kehidupan ini . Pada kesakitan dan derita mereka ,  pada usaha mereka memilih pakaian , makan , ubat , rumah , dan pelajaran yang terbaik selama ini ... kerana nafsu kalian adalah satu satunya yang terpenting pada tika dan saat ini .

Ya , jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah , terimalah neraka dunia sebelum NERAKA AKHIRAT .

Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era praperkahwinan , dengan hukuman perasaan . Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumahtangga .

" Jika dengan aku dulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa , apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain " syak seorang isteri , bekas pelaku dosa , ketika suaminya so-called out station .

" Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini , apa yang boleh jamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya daripada lelaki lain ? " syak seorang suami , bekas pelaku dosa , ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana . 

Tanpa rasa percaya dan hidup dalam prasangka , 'nikmatilah' sebuah derita yang tidak berkesudahan ... kesan masing masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaran-Nya duatu ketika dahulu .

# sekadar berkongsi rasa . adakah kita masih lagi mahu melakukannyadan ingin melakukannya ??
# fikir fikirkan dan selamat beramal .

No comments:

Post a Comment